Monday, August 15, 2022

Jasa, MPN, SPAD bubar — Tun M

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Jabatan Hal-Ehwal Khas (Jasa), Majlis Profesor Negara dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) akan dibubarkan, kata Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Turut diumumkan bubar ialah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Persekutuan.

Ia adalah keputusan hasil mesyuarat pertama Kabinet Persekutuan yang bersidang hari ini.

Tun M berkata, dalam mesyuarat yang dihadiri oleh semua jemaah menteri, beliau turut mengumumkan bahawa harga minyak dikekalkan pada harga biasa biarpun harga minyak di pasaran dunia melonjak USD70 per tong.

Mengenai cukai GST, beliau menyerahkan perkara itu kepada Kementerian Kewangan.

Sementara itu, Menteri Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali dalam tweetnya memaklumkan, gaji jemaah menteri turut dikurangkan sebanyak 10 peratus.

Ia sebagai langkah berjimat cermat berikutan hutang negara mencecah RM1 trillion. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru