Monday, December 5, 2022

Janji 100 hari kerajaan akan dipantau

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Janji 100 hari dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan dipantau bagi memastikan semuanya dilaksanakan, kata Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan PH atas pembentukan Kabinet baharu dengan kesemua menteri yang dilantik telah memulakan tugas masing-masing.

“Bagi pihak pembangkang, UMNO dan BN (Barisan Nasional) merasakan bahawa sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab tentulah rakyat mengharapkan segala janji-janji mereka dalam manifesto terutamanya untuk 100 hari pertama dapat dilaksanakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat bulanan Majlis Tertinggi UMNO hari ini.

Menurut Ahmad Zahid lagi, UMNO berharap kabinet baharu yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik demi kepentingan negara dan rakyat.

Hari ini, semua 13 Menteri Kabinet kerajaan PH memulakan tugas masing-masing di kementerian selepas selesai angkat sumpah semalam.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru