Friday, October 7, 2022

Inti pati sidang media PM di Putrajaya

Secara Rawak

Antara intipati sidang media PM, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama, hari ini.

1. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan dibubarkan dan tugasnya akan dikembalikan ke Kementerian Pengangkutan.

2. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) akan dibubarkan.

3. Majlis Profesor Negara akan dibubarkan.

4. Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol ketika ini.

5. Kerajaan akan memastikan penjawat awam bergaji rendah tidak akan menjadi mangsa langkah pengurangan penjawat awam.

6. Kenaikan KGT kakitangan awam pada 1 Julai ini akan dilihat semula kerana kerajaan tidak tertakluk kepada janji itu kerana ia dibuat oleh kerajaan terdahulu.

7. Kebanyakan pegawai lantikan politik akan ditamatkan.

8. 12 menteri baru akan dilantik secepat mungkin.

9. Kerajaan tidak berhasrat beli balik Proton.

10. Gaji menteri dipotong 10 peratus.

–Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru