Monday, August 15, 2022

Gobind yakin wakil Sarawak, Sabah akan dilantik ke Kabinet sedikit masa lagi

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baharu, Gobind Singh Deo yakin wakil Sabah dan Sarawak akan berada dalam kabinet tidak lama lagi.

Katanya, Tun Mahathir Mohamad belum memuktamadkan keseluruhan kabinet dan ada kekosongan.

“Beliau seorang Perdana Menteri yang mendengar pandangan.

“Saya amat menyokong semua pihak diwakili semaksimum mungkin, dan dalam konteks ini Sabah dan Sarawak harus mempunyai wakil,” katanya ketika menghadiri program Bicara Khas bersama RTM1 malam tadi.

Pada penggal lalu Sarawak diwakili enam menteri dan lima timbalan menteri manakala Sabah diwakili enam menteri dan empat timbalan menteri.

Kabinet Tun Mahathir akan bermesyuarat untuk kali pertama hari ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru