Tuesday, September 27, 2022

Bung Moktar: Percayalah UMNO, BN akan kembali memerintah jika…

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: UMNO perlu berubah dari segi cara berfikir,  mengurus parti ataupun cara berkomunikasi jika mahu kembali diterima rakyat secara keseluruhannya. 

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Bung Moktar Radin berkata, apa yang perlu diubah harus diubah demi kebaikan parti mahupun rakyat. 

“Sekiranya kita berjaya mengurus parti dan rakyat dengan baik, yakin dan percayalah UMNO dan BN akan kembali memerintah di bumi bertuah ini,” katanya kepada portal umno, semalam. 

Bung Moktar percaya sekiranya dalam tempoh lima tahun akan datang kepemimpinan parti mampu membuktikan kepada rakyat bahawa UMNO adalah yang terbaik, sudah pasti rakyat akan kembali memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO. 

Ujarnya, semua anggota parti khususnya kepemimpinan UMNO perlu terus bersatu demi mempertahankan parti keramat ini. 

“PRU-14 yang lalu telah memperlihatkan bahawa UMNO dan BN tidak menjadi pilihan rayat. Namun begitu, UMNO masih lagi sebuah organisasi yang tersusun dan mempunyai kesungguhan untuk terus berkhidmat kepada rakyat,” jelasnya. 

“Selaku ahli MT UMNO, saya ingin berpesan, agar kita terus mara ke hadapan dan terus mantapkan perjuangan. Kita perlu mempunyai kesedaran bahawa rakyat memerlukan komitmen yang tinggi dari kita untuk mereka sama-sama bangun dan mempercayai kita kembali,”  katanya lagi. –Sarawakvoice 

Foto : Page Bung Moktar Radin

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru