Monday, August 8, 2022

PM tubuh pasukan petugas khas siasat 1MDB

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menubuhkan pasukan petugas khas bagi menangani kes yang melibatkan 1MDB. 

Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata,  mesyuarat tersebut dipengerusikan bersama oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador dan beliau sendiri. 

Mesyuarat yang berlangsung hari ini di Ibu Pejabat SPRM di sini turut memutuskan tindakan lanjut yang perlu diambil membabitkan 1MDB termasuk mengesan aset, membawa balik semua wang dan aset daripada hasil kesalahan 1MDB dan tindakan jenayah ke atas pihak yang terlibat melalui Akta SPRM, Amla dan Kanun Keseksaan. 

Pasukan petugas khas yang dilantik Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad ini berikrar untuk menjalankan tugas secara telus,adil dan profesional. 

Mesyuarat akan bersambung esok. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru