Monday, August 15, 2022

Ahli Parlimen tawar ganjaran tutup kes 1MDB/ SRC — Shukri Abdull

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengakui tertekan ketika mengendalikan kes 1MDB. 

Menurutnya, beliau pernah didatangi oleh seorang Ahli Parlimen dari utara Semenanjung sebanyak dua kali yang memintanya menutup kes membabitkan 1MDB/ SRC. 

“Beliau menawarkan saya ganjaran dengan bertanyakan apa yang saya hendak (untuk menutup kes ini). 

Tidak tahan dengan desakan tersebut, Shukri meminta Ahli Parlimen terbabit menghentikan perbuatannya, atau beliau bertindak menahannya. 

Shukri turut memberitahu bahawa beliau telah berjumpa dengan beberapa menteri untuk memaklumkan kebenaran kes tersebut dan meminta Perdana Menteri ditukar, tetapi tidak banyak yang berani bersuara. 

“Hanya yang berani bersuara ialah bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam sidang media khas di Ibu Pejabat SPRM di sini sebentar tadi. –Sarawakvoice 

Foro : ISMAWeb

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru