Monday, August 8, 2022

Penunggang maut dirempuh motosikal lain di Jalan Beladin-Meludam

Secara Rawak

BETONG: Seorang lelaki maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua motosikal di Jalan Beladin-Meludam dekat sini pada Sabtu.

Menurut Ketua Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Alexson Naga Chabu, insiden malang itu berlaku sekitar jam 5 petang, dan mangsa, Roslee Ebi mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan kaki.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke Beladin, sebelum bertembung dengan sebuah motosikal lain yang dalam perjalanan ke Meludam dan ditunggang secara melulu.

“Lelaki yang menunggang motosikal tersebut dipercayai hilang kawalan pada motosikalnya sebelum merempuh Roslee.

Laporan awal di lokasi katanya, mendapati ia berlaku dalam keadaan cuaca cerah dan permukaan jalan yang rata serta kering.

Punca kes masih dalam siasatan lanjutan pihak polis, dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –Sarawakvoive

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru