‘Cari peguam terbaik,’ nasihat Anwar kepada Najib

JAKARTA: Dalam kunjungan pertama ke luar negara selepas meringkuk di dalam penjara Sungai Buloh selama tiga tahun, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd, akan dilakukan secara adil dan bebas.

Beliau mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie, bersempena sambutan 20 tahun reformasi Indonesia di sini, semalam.

Beliau turut ditemu bual beberapa stesen televisyen ketika berada di ibu kota negara 260 juta itu,dan ditanya tentang sebab kerjasama dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan  kes membabitkan Najib.

Ketua Umum Pakatan Harapan  yang dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh pada Rabu lalu meminta semua pihak tidak menjatuhkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang-undang dipatuhi sepenuhnya.

Anwar yang mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu.

Namun nasihatnya kepada Najib: “Kepada beliau nasihat saya, cari peguam bela yang baik,” kata Anwar seperti dipetik Bernama.

Ikon reformasi itu berharap apa-apa juga siasatan terhadap Najib akan dilakukan secara adil dan bebas.

Najib kini akan dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan kes SRC International Sdn Bhd pada esok hari.

Pihak polis telah menggeldah kediamannya dan juga apartmen yang dikaitkan dengan beliau.

Hasil penggeledahan itu, pihak polis menemui beg dan jam tangan meweah serta wang tunai.

Imej barangan berkenaan kini tular di media sosial.
Pengampunan penuh Anwar dibentang dan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Mengenai pertemuan dengan presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin atau lebih dikenali BJ Habibie yang berlangsung hampir tiga jam di kediaman BJ Habibie di Jalan Patra Kuningan, Jakarta, Anwar berkata pertemuan itu adalah atas undangan BJ Habibie, bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Reformasi Indonesia.

Anwar berkata tahun 1998 ialah tahun keramat bagi Malaysia dan Indonesia dan tarikh 21 Mei 1998 diingati rakyat Indonesia sebagai tarikh jatuhnya rejim Orde Lama dan bermulanya zaman peralihan kuasa serta pengukuhan institusi-institusi demokrasi yang berlaku dengan pentadbiran Presiden BJ Habibie.

Sementara itu, 2 Sept 1998 diingati rakyat Malaysia sebagai tarikh bermulanya kejatuhan rejim  BN yang akhirnya selesai hampir dua dekad kemudian pada 9 Mei 2018, katanya.

Anwar  seperti dipetik agensi berita itu berkata, pertemuan dan perbincangan dengan BJ Habibie akan mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negara serta memperkukuh iltizam melaksana agenda reformasi di Malaysia. — Sarawakvoice