Sunday, July 3, 2022

PKR yakin menang lebih banyak kerusi DUN Sarawak pada 2021

Secara Rawak

KUCHING: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin akan memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya negeri akan datang berdasarkan prestasi di luar jangkaan pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Pada PRU-14, PKR memenangi tiga kerusi – Selangau, Miri dan Puncak Borneo, berbandijg hanya satu kerusi pada PRU-13.

Pada PRN 2016, PKR hanya mememangi Ba Kelalan dan Batu Lintang.

Pengerusi PKR negeri mengakui keputusan pada PRU lalu adalaj di luar jangkaan.

“Ramai terkejut termasuk BN yang tidak percaya dengan perubahan itu, ” katanya pada sidang media di pejabat PKR di sini, semalam.

 

“Jika kemenangan itu menggambarkan sokongan rakyat, saya percaya ia memperlihatkan apa yang bakal berlaku pada PRN nanti,” katanya lagi.

Namun kata Ahli Dewan Undangan Negeri Ba Kelalan itu, ia terpulang kepada rakyat sambil menggesa agar rakyat memberi sokongan kepada parti itu.

Baru berjaya menumbangkan calon BN, Rita Insol di kerusi Selangau pada PRU lalu sebahagiannya kerana undi protes dalam kalangan penyokong penyandang Datuk Joseph Entulu Belaun yang dipecat Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Tan Sri Dr James Jemut Masing beberapa hari sebelum penamaan calon.

Pakatan Harapan yang kini mempunyai 12 kerusi Parlimen di Sarawak dijangka memberi tentangan sengit kepada Barisan Nasional pada PRN nanti.

Namun ketika itu BN dijangka wujud sebagai entiti lain kerana imejnya yang telah rosak, selain tidak lagi mahu dikaitkan dengan BN di Semenanjung.

Pada PRU lalu BN hanya memang 79 daripada 222 kerusi Parlimen sehingga menyebabkan ia tumbang dan menyaksikan Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan.

Baru berkata, PKR bersedia untuk menghadapi PRN yang dijangka diadakan pada 2021. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru