Monday, August 15, 2022

NGO gerakkan bantuan air kepada penduduk Kabong

Secara Rawak

KUCHING: Beberapa pertubuhan dan individu di seluruh negeri kini menggerakkan inisiatif mengumpulkan air mineral untuk dihantar ke Kabong, yang berhadapan krisis air.

Datuk Wan Abdillah Adruce, ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan bahawa pihaknya akan menggerakkan konvoi bantuan pada pagi ini.

“Kita telah mengumpulkan lebih 100 kotak air mineral untuk diserahkan kepada penduduk Kabong, yang telah terputus bekalan air sejak beberapa hari lalu.

“Kita sedih dengan situasi yang menimpa mereka, apatah lagi pada bulan Ramadan ketika ini,” katanya lagi.

Katanya, beliau berterima kasih kepada kawan-kawan yang sudi menyumbang untuk kerja-kerja kemasyarakatan ini.

“Sumbangan anda amat bernilai,” tambahnya lagi.

Ini kali kedua Wan Abdillah menggerakkan inisiatif tersebut selepas tiga tahun lalu di kawasan tersebut.

Beberapa hari lalu, pemuda Islam di kampung tersebut telah memuat naik ke dalam media sosial memaklumkan
bantuan bekalan air kepada penduduk kampung tersebut selepas beberapa hari terputus bekalan.

Beliau turut memohon pihak masjid mengadakan solat hajat agar hujan diturunkan di lokasi tersebut.

Sementara itu, difahamkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan berkunjung ke Kabong sekitar jam 2 petang esok untuk meninjau krisis yang berlaku. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru