Tuesday, September 27, 2022

Dari Penjara ke Putrajaya: Foto di media sosial ceritakan segalanya…

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: “Terlihat kawan-kawan pakat share gambar Menteri Pertahanan dan Menteri Kesihatan duduk berlunjur bertiset oren,” tulis Abah Anas Ar Rembawi di akauan Facebook beliau pada Sabtu.

Dalam coretan bertajuk “Dari Penjara ke Putrajaya #1” itu beliau menambah: “Untuk pengetahuan semua sebenar mereka adalah di antara para pejuang rakyat yang ditangkap dan seterusnya dimasukkan ke dalam Penjara Pudu akibat demo Protes Harga Minyak (PROTES) pada tahun 2008 semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri.”

Foto-foto ini menjadi viral sebaik sahaja Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed mengumumkan barisan kabinet kerajaan Pakatan Harapan (Harapan) pada Jumaat.

Tulis Abah Anas lagi: “Selain Abang Mad Sabu dan Dr Dzulkifli Ahmad, dikalangan mereka ada 2 orang lagi yang turut bergelar YB iaitu Dr Hatta Ramli (merangkap Pengerusi JK Protes) serta Ginnie Lim. Dikalangan mereka ada juga yang telah pergi seperti arwah Abang Dino dan seorang lagi aku lupa nama beliau.”

“Kebetulan gambar-gambar itu dirakam melalui kamera milik kami. Jadi sebagai mengenang kembali pengorbanan dan jerit payah mereka, aku kongsikan kembali gambar-gambar mereka sebagai sebahagian dari lipatan sejarah perjuangan rakyat marhaen.”

Kredit foto: Facebook Abah Anas

Pada Jumaat Mahathir Mohamad menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baharu.

Senarai yang dipersetujui adalah seperti berikut:

Perdana Menteri: Tun Dr Mahathir Mohamad (Bersatu – Langkawi)

Timbalan Perdana Menteri: Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR – Pandan)

Menteri Bersatu:
Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)

Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)

Menteri PKR:
Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

Menteri Dap:
Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)

Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)

Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran (Ipoh Barat)

Menteri Amanah:
Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (Kota Raja)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)

Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

Istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan dirancang diadakan esok, Isnin, 21 Mei pada 11.30 pagi di Istana Negara. –Sarawakvoice

Kredit foto: Facebook Abah Anas
Kredit foto: Facebook Abah Anas
Kredit foto: Facebook Abah Anas
Kredit foto: Facebook Abah Anas
Kredit foto: Facebook Abah Anas

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru