KUALA LUMPUR: Selepas mendapat pengampunan diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad Ke-V dan dibebaskan dari penjara lebih awal, wartawan BBC Indonesia Rohmatin Bonasir Jumaat lepas mewancara melalui telefon mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) menegaskan beliau sedia menggunakan saluran undang-undang bagi membersihkan nama baiknya yang tercalar atas pertuduhan liwat kedua terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar mula menjalani hukuman penjara lima tahun bermula 2015 yang dianggapnya sebagai konspirasi politik menyingkirkan beliau dari politik era mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang baru saja kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya kembali berkuasa semua, sudah berjanji akan menyerahkan kerusi perdana menteri kepada Anwar dalam tempoh sekitar dua tahun lagi.

Berikut wawancara tersebut seperti disiarkan portal BBC.

BBC: Apa landasan yang digunakan saudara Anwar untuk mengajukan pengampunan penuh dari raja, padahal semua tingkat pengadilan di Malaysia sehingga tingkat Mahkamah Agung menetapkan anda bersalah dalam kes sodomi kedua?

Anwar: Kita gunakan bahawa berlaku ketidakadilan, penipuan dan konspirasi politik untuk menjatuhkan, bukti (pihak pendakwa) tidak dapat dipertahankan. Keadilan tidak ditegakkan, hakim-hakim diperalat oleh kali ini, politik di bawah arahan (PM) Najib.

Saya tidak mohon ampun kerana saya melakukan kesalahan. Bahkan Yang di-pertuan Agong menyebut kepada saya bahawa “saya pun mengampunkan bukan kerana anda bersalah. Saya mengampunkan kerana saya yakin anda tidak bersalah dan telah berlaku pelanggaran hukum dalam kes ini. Dan saya bersyukur.

Dengan dasar pengampunan raja ini, adakah saudara Anwar akan meggunakan undang-udang untuk memulihkan nama baik? 

Ya. Sekarang ini keputusan itu membersihkan sama sekali segala catatan yang pernah berlaku, baik yang terjadi pada zaman Mahathir mahupun Najib.

Yang kedua, saya dan rakan peguam mempertimbang untuk mengaju (tuntutan). Ini kemungkinan besar masih akan saya ajukan – walaupun dari segi ini hanya akademik – ke pengadilan.

Walaupun perkara ini sudah mati, kerna para hakim akan mengatakan “Pak Anwar sudah dibersihkan oleh Agong (raja), dengan demikian kami tidak mahu bercakap”, tapi saya akan tetap menuntut kerana mahu merujuk beberapa kes penipuan oleh pihak pendakwa raya dan hakim.

Beralih kepada politik, saudara Anwar pernah menjadi anak didik Mahathir dan diura-urakan menjadi penggantinya, kemudian pernah dimasukkan ke penjara oleh beliau, tetapi sekarang bergabung semula. Adakah saudara Anwar yakin tidak akan “ditipu” lagi? 

Ya, saya pernah berganding dengan beliau (Mahathir), pernah berperang dengan beliau dan dizalimi, dihukum dengan zalim, dianiaya dan dipukul dengan buruk dan parah.

Tetapi kemudian dia mendampingi saya, mohon kerjasama untuk membangun lagi Malaysia, membaiki kerosakan, kebobrokan di bawah Najib. Saya renungkan secara panjang.

Saya hanya mahu bekerjasama dengan syarat beliau tunduk kepada tuntutan reformasi ke arah pembaikan. Dan yang kedua, saya sebut bahawa kaedah cara lama itu harus dihentikan.

Dan dengan ini, dengan dasar yang peduli terhadap masalah rakyat, jurang kemiskinan, penderitaan rakyat, maka hal ini mesti diutamakan.

Namun bagaimana saudara Anwar akan memastikan agenda reformasi dijalankan jika ideologi Bersatu parti Mahathir meletakkan kepentingan peribumi sama dengan UMNO — sementara parti saudara Anwar, PKR bersifat inklusif? 

Kita jadikan dasar inklusif itu sebagai dasar Pakatan Harapan. Tuntutan kepentingan peribumi mesti dipelihara. Orang miskin dan terpinggir mesti dapat kawalan. Namun, kita harus melihat hak rakyat Malaysia seluruhnya – pelbagai kaum dan agama – sebagai hak bersama. Ini memang dipersetujui oleh semua pihak dalam Pakatan, termasuk Bersatu. –Sarawakvoice

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjabat tangan mentor politiknya yang kembali beraksi sebagai Perdana Menteri ketujuh Tun Dr Mahathir 16 Mei lepas. ― Bernama
Foto : Bernama