Monday, August 15, 2022

Sirul mahu pengampunan penuh dan akan dedah segala-galanya – Malaysiakini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengampunan penuh dan saya akan dedahkan segala-galanya, kata Sirul Azhar Umar, 45 tahun, bekas anggota polis yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Australia hari ini kepada Malaysiakini.

Memetik portal itu, beliau merujuk kesediaannya untuk membantu kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan apa sebenarnya berlaku berkaitan kematian Altantuya Shaariibuu, 12 tahun lalu.

Berdasarkan laporan eksklusif portal tersebut sebentar tadi, pendedahan itu boleh dilakukan dengan syarat dirinya (Sirul) diberikan pengampunan penuh oleh kerajaan baharu Malaysia terlebih dahulu.

Sirul tidak boleh dilepaskan dan pulang ke Malaysia tanpa proses pengampunan tersebut.

“Saya berjanji untuk bekerjasama dengan kerajaan baru.

Foto : The Rakyat Post

“Syaratnya saya dapat pengampunan penuh.

Beliau bercakap dari pusat tahanan di Sydney, di mana semakin ramai orang di Australia percaya dia adalah tahanan politik dan bukan penjenayah biasa.

Sirul mengakui berasa sangat sedih apabila dia dan keluarganya menjadi mangsa kecaman ekoran kes yang dikaitkan dengannya itu.

“Ketika bersama-sama UTK (Unit Tindakan Khas) saya berkhidmat untuk menangkap dan bunuh pencuri dan pelbagai jenayah, semuanya untuk keselamatan negara.

“Mereka (orang awam) tak tahu bagaimana UTK berfungsi kerana kami kena ikut perintah,” katanya lagi yang pernah menjadi anggota keselamatan yang mengiringi Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru