Saturday, September 24, 2022

Siapa Dr Maszlee Malik Menteri Pelajaran Malaysia

Secara Rawak

Nama: Dr. Maszlee Malik
Lahir: Johor Bahru

Pendidikan Awal: Sekolah Temenggong Abdul Rahman (STAR 2), Maktab Sultan Abu Bakar (English College). Pada 1989 menyertai Madrasah al-Quran Waddin, kemudiannya ke Maahad Johor.

Pendidikan Tinggi: Sambung belajar di Jordan, ijazah sarjana muda Universiti Al al-Bayt, Jordan, meneruskan pengajian ijazah sarjana di Universiti Malaya. Kedua-duanya dalam bidang Fiqh dan Usul al-Fiqh.

Melanjutkan pelajaran di School of Governments and International Affairs (SGIA) di University of Durham pada 2007 dan mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada 2011.

Kerjaya: Menjadi pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia. Berkhidmat di UIA semenjak 2000.

Sumbangan Kemasyarakatan: Beliau ahli Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid), ahli Dewan Perwakilan Nasional Pertubuhan IKRAM Malaysia, penasihat ahli lembaga beberapa NGO dan badan pendidikan seperti Teaching for the Needs (TFTN), Pusat Pendidikan Downsyndrome Orkids (Orkids), Pertubuhan Darul Fitrah, IDEAS Autism Centre, Lembaga Pusat Pendidikan al-Amin dan juga Penaung Kelab Penyokong Kelab Bola Sepak Manchester City Malaysia.

Ketokohan: Di media Maszlee dikenali sebagai moderator debat dan wacana politik serta penganalisis politik Timur Tengah, pemikir politik Islam dan juga gerakan Islam kontemporari. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru