Sunday, September 25, 2022

Maszlee mahu ubah dan anjak sistem pendidikan negara

Secara Rawak

KUCHING: Sistem pendidikan akan ditambah baik dan mampu diangkat ke tahap antarabangsa.

Sistem yang terlalu berorientasikan peperiksaan juga akan diubah.

Itu jaminan yang  dibuat oleh Dr Maszlee Malik yang akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Pendidikan pada Isnin.

Beliau diumumkan menjawat jawatan itu oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Menurut Maszlee yang sebelum ini terkenal sebagai penganalisis politik dan moderator forum, sistem yang ada sekarang adalah terlalu rigid, justeru ditambah baik bukan sahaja agar pelajar seronok belajar tetapi juga untuk melahirkan modal insan yang sesuai dan berkualiti.

Peluang pendidikan di negara ini perlu dinikmati secara saksama oleh semua lapisan masyarakat tidak kira di bandar atau luar bandar, katanya.

Maszlee yang menang kerusi Parlimen Simpang Renggam dalam PRU-14 berkata, Kerajaan Pakatan Harapan komited dalam melaksanakan segala yang dijanjikan melalui manifesto untuk sektor pendidikan.

“Yang penting kunci produktiviti dan inovasi guru, tenaga pendidik, tenaga akademik ialah kebahagiaan, ” katanya seperti disiarkan AstroAwani.

Berusia 44 tahun dan dilahirkan di Johor, Maszlee yang juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malausia mengakui tidak menjangka langsung akan dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad. –Sarawakvoice 

Foto : Page Dr Maszlee Malik

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru