Sunday, September 25, 2022

Dr Maszlee Menteri Pendidikan, mahu sekolah tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, ranking

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik dilantik Menteri Pendidikan, sedia memperbaiki sistem pendidikan negara dengan menyuntik kaedah baharu yang tidak terlalu berorientasikan sistem “ranking” atau peperiksaan.

Dalam temu bual dengan Astro Awani pada Jumaat, Maszlee, 44, berikrar mengurangkan bebanan “perkeranian” pada guru.

Beliau mahu para guru memberi tumpuan kepada peranan utama iaitu mengajar.

Beliau juga mahu mengurangkan “bebanan beg” sekolah yang disandang para pelajar.

Maszlee anak kelahiran Johor Bahru ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang banyak menyumbang kepada beberapa badan pemikir.

Tokoh kelulusan sarjana muda Universiti al-Bayt, Jordan dan ijazah sarjana Universiti Malaya ini kerap menjadi panelis atau moderator forum membincangkan isu politik.

Maszlee mendapat ijazah kedoktoran bidang “Good Governance” pada 2011 di School of Governments and International Affairs di Universiti Durham, United Kingdom. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru