Friday, December 2, 2022

Wang tunai, 72 beg barang kemas, 284 kotak beg mewah dirampas di Pavillion Residence

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata polis merampas 72 beg berisi barangan kemas dari kondominium dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pavillion Residence, Kuala Lumpur

Turut dirampas wang tunai pelbagai mata wang dan 284 kotak mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama termasuk Hermes dan Birkin dari carian di salah satu daripada enam premis.

Dalam sidang medianya lewat malam ini, Amar Singh berkata rampasan itu mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1MDB.

Amar mengaku, salah satu premis diserbu milik individu bergelar Tan Sri.

Beliau turut memberitahu peti besi terkunci selama 20 tahun hasil serbuan di kediaman rasmi Najib di Jalan Langgak Duta, masih tidak dapat dibuka atau dipecahkan.

Sekitar 1.30 pagi polis membawa sekurang-kurangnya lima trak ke kondominium mewah di Jalan Raja Chulan itu. –Sarawakvoice

Gambar hiasan/ foto : FMT

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru