Saturday, December 3, 2022

Tun Mahathir ucap selamat berpuasa kepada umat Islam

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad merakamkan ucapan selamat berpuasa kepada umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan menyambut bulan Ramadan yang bermula semalam.

“Selamat menunaikan ibadah puasa daripada saya dan isteri kepada semua umat Islam,” katanya dalam catatan di laman Twitternya.

“Semoga Ramadan kali ini memberi keberkatan dan rahmat buat kita semua,” katanya.

Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu selepas Pakatan Harapan yang diterajuinya menumbangkan Barisan Nasional sehari sebelumnya melalui pilihan raya umum ke-14.

Tun Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, dari 1981 hingga 2003. –Sarawakvoice

Foto : Bernama

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru