Saturday, December 3, 2022

Netizen, orang ramai tidak setuju tahan lelaki hina Tun Mahathir

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM), Khalid Ismath menyelar penahanan seorang lelaki di Langkawi yang didakwa menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suspek ditangkap berikutan laporan polis oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang tidak puas hati dengan apa yang disifatkan sebagai penghinaan keterlaluan terhadap Tun Mahathir.

Suspek menurut Facebook ibu pejabat polis Langkawi, ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

“Adakah memanggil dengan panggilan diktator dianggap jenayah,” kata Khalid di Twitternya.
Laporan dan tangkapan polis kerap dilakukan terhadap individu yang dianggap menghina Datuk Seri Najib Razak pada era pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri.

Pemimpin veteran Lim Kit Siang dan anggota masyarakat tidak bersetuju dengan tindakan polis menahan suspek berkenaan.

Orang ramai dan netizen menyifatkan tindakan sedemikian tidak wajar. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru