Tuesday, May 11, 2021

Fadillah harap projek pembangunan di Sarawak diteruskan kerajaan Pakatan Harapan

Mesti baca

KICHING: Satu daripada soalan yang bermain di kepala 2.7 juta penduduk Sarawak adalah tentang nasib projek pembangunan termasuk Lebuh Raya Pan Borneo yang dilalsanakan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Adakah projek mega itu akan diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan selepas menang pada pilihan raya umum 9 Mei lalu?

Bagi bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, projek yang bakal memberi manfaat besar kepada rakyat itu perlu diteruskan.

“Kerajaan baharu yang dipimpin oleh Pakatan Harapan harus meneruskan apa juga projek yang dilaksanakan kerajaan terdahulu,” kata Fadillah.

Beliau berharap kerajaan Pakatan Harapan membantu kerajaan negeri meneruskan semua projek prasarana diteruskan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Bazar Ramadan Sukma Ria anjuran DBKU di sini semalam.

Namun demikian beliau mengakui sama ada projek terbabit diteruskan bergantung kepada kerajaan sekarang. –Sarawakvoice

Gambar fail

Secara Rawak

Artikel Terbaru