Anwar: Jangan dendam kepada Najib

0
4
Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto : ISMAWeb

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengingatkan para penyokong tidak menyimpan dendam terhadap mana-mana individu, sebaliknya bersyukur ke hadrat Allah SWT.

Di sebalik tindakan polis menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Anwar berkata meskipun percaya terdapat cukup bukti untuk mendawa Najib, beliau tidak mahu individu lain yang dituduh dan disabitkan kesalahan tidak melalui proses sewajarnya di bawah undang-undang.

“Meskipun saya percaya ada cukup bukti untuk mendakwa Datuk Seri Najib, tetapi adakah saya boleh arah untuk dakwa dia? Tidak.,” katanya.

Beliau bercakap kepada para penyokongnya yang menghadiri majlis berbuka puasa di rumahnya di Segambut di sini malam tadi.

Ujar Anwar, jangan kemenangan menyebabkan hilangnya rasa syukur kepada Allah.

Polis menggeledah rumah Najib dan kondo mewah yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu di sini dan merampas sejumlah wang dan barang kemas malam tadi.

Sementara itu, difahamkan Najib berbuka puasa dengan ibunya Tun Rahah Mohammad Noah di kediamannya di Jalan Eaton, Kuala Lumpur malam semalam. –Sarawakvoice