Anwar akui “Najib remuk” ketika hubunginya pada malam keputusan PRU14

0
2
Foto : Media Adil

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku mantan perdana menteri yang tewas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Datuk Najib Razak, menghubungi beliau dua kali pada malam keputusan diumumkan, 9 Mei lepas.

Kem Barisan Nasional (BN) Najib hanya memperoleh 79 kerusi daripada 222 kerusi pada PRU14 lalu berbanding Pakatan Harapan (Harapan) memperoleh 123 kerusi.

Memberitahu Reuters dalam wawancara di kediamannya, mantan timbalan perdana menteri yang dibebaskan dari penjara, selepas pengampunan Yang di-Pertuan Agong pada Rabu, mengaku panggilan tersebut bertujuan meminta nasihat selepas BN kalah teruk pada malam tersebut.

Pada wawancara tersebut, Anwar menggambarkan bahawa pada panggilan kedua Najib sudah benar-benar “remuk”.

Anwar mengaku sebagai kawan meminta agar Najib “akur dan teruskan hidup”.

Anwar mengaku turut menasihati Najib agar mengeluarkan kenyataan pantas, tetapi nasihat itu menurutnya tidak dilakukan Najib.

Bahkan menurut beliau, Najib memikirkan siapa yang boleh “berunding” dengannya dalam situasi “tidak memujuk dengan serius”.

Anwar mengaku beliau boleh mengabaikan semua itu, dan sedia mendengarnya begitu sahaja. –Sarawakvoice

Foto : Media Adil