Saturday, June 25, 2022

Ucapan penghargaan YAB Pesuruhjaya PAS Kelantan/Menteri Besar Kelantan kepada pengundi

Secara Rawak

1. Alhamdulillah, kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah yang telah menganugerahkan kemenangan selesa kepada PAS Kelantan. Kita telah berjaya mengekalkan kemenangan dan menambah kemenangan 4 Dun pada PRU-14 baru ini.

2. Kemenangan ini adalah hasil kerjasama semua kalangan ahli-ahli PAS yang berkerja keras semenjak daripada awal lagi. Saya mewakili seluruh kepimpinan parti merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh pengundi yang telah memberi kepercayaan sekali lagi kepada PAS untuk mentadbir Kerajaan Islam Kelantan yang telah sekian lama kita bina.

3. Ini termasuklah anak-anak Kelantan yang berada di perantauan yang berpusu-pusu balik mengundi walaupun terdapat kekangan masa dan pelbagai masalah lain. Terima kasih kerana balik mengundi khasnya memilih PAS sebagai wadah perjuangan.

4. Saya beserta rakan-rakan kepimpinan akan berusaha sedaya mungkin melaksanakan tawaran-tawaran yang telah dijanjikan dan meneruskan dasar perjuangan yang telah dibina sebelum ini. Semoga Allah mengurniakan ganjaran yang selayaknya kepada semua yang telah berjasa pada PRU-14 lepas.

Sekian, Jazakumullah Khairal Jaza’.

USTAZ DATO’ BENTARA KANAN PESURUHJAYA PAS KELANTAN/MENTERI BESAR KELANTAN

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru