Saturday, December 3, 2022

Pakatan Harapan tidak akan terima ahli parti BN

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Perdana Menteri berkata, Pakatan Harapan tidak akan menerima masuk ahli daripada parti pembangkang.

Selepas tumbang dalam pilihan raya umum lalu, Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada 14 buah parti komponen kini berada di pihak pembangkang.

Ada daripada parti berkenaan terutama di Semenanjung menjadi parti nyamuk selepas kekalahan teruk di tangan PH.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH berkata, banyak ahli dan pemimpin politik daripada kerajaan yang tumbang menzahirkan hasrat untuk menyertai PH.
“Rakyat tidak mahu menerima tindakan berkenaan,” katanya.

Justeru, ujar Tun Mahathir, mereka tidak dapat diterima ke dalam PH kerana ini bertentangan dengan hasrat pengundi dan rakyat.

Katanya lagi, mereka terbabit dapat keluar parti dan menzahirkan sokongan terhadap kerajaan, tetapi mereka tidak boleh menjadi ahli PH.

Kata Dr Mahathir, rakyat tidak mahu mereka daripada kerajaan lampau mempunyai pengaruh terhadap kerajaan baharu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini semalam — Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru