Tuesday, October 4, 2022

Kerajaan tunai janji hapuskan GST bermula 1 Jun depan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan semalam menunaikan janji untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun depan.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, Kementerian Kewangan menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and
Services Tax – GST) pada kadar standard 6 peratus akan dikenakan GST pada kadar
sifar (0 peratus).

“Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuat kuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak.

“Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang
kekal dikecualikan daripada GST.

Sehubungan itu, kata kementerian itu lagi, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini.

“Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran inbois cukai, penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input.

Peniaga juga tegasnya, perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.

Untuk penjelasan lanjut, kata kementerian itu, pihak yang musykil boleh berhubung dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 8500 atau 03-7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam). –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru