Thursday, December 8, 2022

Dua jawatan menteri: Pakatan Harapan langgar janji Manifesto PRU-14

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang menyatakan bahawa tindakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memegang dua jawatan bertentangan dengan janji Pakatan Harapan dalam manifestonya pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Wong Chun Yuan dalam satu kenyataan berkata, beliau kecewa dengan pengumuman Dr Mahathir bahawa beliau akan memegang jawatan Menteri Pelajaran.

PH dalam manifestonya berjanji untuk mengehadkan tempoh prkhidmatan Perdana Menteri kepada dua penggal sahaja.

Dr Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dari 1981 hingga 2003.

Selain itu, kata manifeso berkenaan: “Perdana Menteri tidak akan memegang jawatan menteri lain, terutama jawatan Menteri Kewangan.”

Kata manifesto berkenaan, jumlah menteri di Jabatan Perdana  Menteri akan dikurangkan kepada tiga orang sahaja.

Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini mempunyai 10 orang menteri dan tiga orang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Pemuda Gerakan melalui Facebooknya turut mengeluarkan “ingatan mesra” mengenai perkara itu kepada Dr Mahathir.

Pada sidang media hari ini Perdana Menteri  mengumumkan namanya sebagai Menteri Pelajaran dan Timbalannya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut memegang jawatan Menteri Hal Ehwal Wanita. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru