Monday, August 8, 2022

Ramadan bermula esok, anak bulan tidak kelihatan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada esok, Khamis, 17 Mei.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad membuat pengumuman tersebut malam tadi, sejajar perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan adalah semalam, iaitu 15 Mei, Selasa bersamaan 29 Syaaban 1439 Hijrah.

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan mencerap anak bulan Ramadan di 29 lokasi penting di seluruh negara.

Setelah pencerapan tersebut, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab, setelah anak bulan tidak kelihatan.

Di Kuching, proses tersebut berlangsung di Hotel Damai Puri, Teluk Assam.

Turut serta melakukan cerapan menggunakan alat Theolite ialah menteri muda yang bertanggungjawab dalam hal agama Islam, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Mufti Negeri, Datu Kipli Yassin. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru