Abdul Hadi: Umat Islam mesti bangkit

0
3

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata negara-negara Islam tidak harus bersikap dingin dan “pengecut” dalam isu perpindahan kedutaan Amerika Syarikat (AS) dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dan pembunuhan rakyat Palestin.

“Tindakan Amerika Syarikat memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis (pada Isnin 14 Mei) adalah sejarah hitam penguasaan Israel-Zionis terhadap bumi Palestin,” kata Presiden PAS dalam satu kenyataan media.

Beliau berkata, PAS bersama-sama seluruh umat Islam memikul tanggungjawab berat untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan membela nasib rakyat Palestin.

Ujar Abdul Hadi umat Islam mesti bangkit secara menyeluruh mempertahankan Baitulmaqdis dan mendoakan agar rakyat Palestin tidak menyerah kalah walaupun sikap sesetengah negara Arab mengecewakan. –Sarawakvoice