Monday, August 8, 2022

Tun M tamatkan kontrak Irwan Siregar, Apandi Ali serta-merta

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Perbendaharaan Negara, Tan Sri Irwan Siregar mendahului senarai penjawat kanan awam yang dialihkan oleh pentadbiran baharu Tun Mahathir Mohamad.

Difahamkan, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa telah mengeluarkan arahan agar Irwan ditamatkan kontrak pada 14 Jun. Kontrak sebenar Irwan tamat pada 6 Mac 2019.

Pengerusi 1Malaysia Development Berhad itu akan ditempat di Jabatan Perkhidmatan Awam serta-merta, dan tidak dibenarkan melakukan apa jua pekerjaan berkaitan Kementerian Kewangan.

Turut dilepaskan kontrak ialah Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang diarahkan bercuti serta-merta.

Penamatan kontrak beliau akan memgambil sedikit masa kerana baharu diperbaharui dan perlu mematuhi beberapa prosedur.

Tempatnya akan diambil alih oleh Peguamcara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Antek.

Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala dan pasukannya yang bertanggungjawab terhadap transformasi negara turut diarah mengosongkan pejabat.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pula telah menghantar surat peletakan jawatan mereka. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru