KUCHING: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengadakan persidangan khas perwakilan dihadiri anggota peringkat cawangan dan anggota parti peringkat akar umbi pada Isnin malam, membincangkan masa depan parti itu. 

SUPP tewas di kerusi Parlimen Stampin, Mas Gading, Sarikei, Lanang dan Bandar Sibu dan hanya memenangi kerusi Parlimen npada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Sumber parti berkata, objektif utama SUPP ialah terus mempertahankan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963. 

SUPP dalam kenyataanya berkata, mereka menghormati keputusan rakyat dan mengucapkan tahniah kepada Pakatan Harapan (Harapan) kerana berjaya mara ke Putrajaya pada PRU14. –Sarawakvoice