Pekan Beluru terbakar, sembilan kedai musnah awak pagi tadi

0
4

MIRI: Sederet kedai sembilan pintu di Pasar Beluru musnah dalam kebakaran di Pekan Beluru Bakong dekat sini, awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 12.52 pagi itu meranapkan keseluruhan struktur tidak kekal premis berkenaan.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri, Tiong Ling Hii ketika dihubungi berkata, pihaknya dimaklumkan insiden kecemasan tersebut pada jam 12.52 pagi tadi dan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Miri segera diatur gerak ke lokasi.

Menurutnya, kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Setakat ini punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat. –Sarawakvoice