Monday, August 15, 2022

Najib lepaskan jawatan Presiden UMNO, Pengerusi BN; Zahid laksanakan tugas Presiden

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Memikul tanggungjawab sepenuhnya akan kekalahan berat Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang baharu lalu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak mengumumkan peletakan jawatan sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional berkuat kuasa serta-merta. 

Mengumumkannya dalam sidang media khas di Pusat Dagangan Dunia Putra, Najib berkata, tindakan itu diambil sebagai melaksanakan tanggungjawab moral dan perkara yang patut dilakukannya sebagai pemimpin parti itu yang gagal dalam sesuatu pilihan raya. 

“Sehubungan itu, saya turut mengumumkan persetujuan sebulat suara Biro Politik UMNO untuk melantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalankan tugas-tugas Presiden parti dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein melaksanakan tugas-tugas Timbalan Presiden parti. 

“Ini kerana tidak ada peruntukan pemangkuan dalam perlembagaan UMNO. 

Najib berkata, keputusan cadangan ini diterima sebulat suara oleh semua sayap UMNO. 

“Saya suka menyarankan kepada semua ahli UMNO, saya memberi sokongan yang padu, kerjasama yang seerat-eratnya, dan lebih-lebih lagi keyakinan dan kepercayaan yang sepenuhnya kepada kepimpinan baharu supaya kita dapat menghadapi segala cabaran masa kini yang serius selain mengambil langkah yang positif bagi menentukan bahawa kita akan dapat mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional,” katanya lagi. –Sarawakvoice 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru