Sunday, September 25, 2022

Lelaki maut terjun dari tingkat tiga UTC Sibu

Secara Rawak

SIBU: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu di sini awal pagi tadi.

Mangsa yang dikenali Wong Kong Tin, 55 tahun ditemui terbaring di sebelah pondok keselamatan sekitar jam 5.20 pagi.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit ketika mengesahkan kejadian memberitahu, mangsa dipercayai meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala.

“Pihaknya dimaklumkan oleh pengawal keselamatan ketika meronda di kawasan terbabit.

“Katanya pengawal yang bertugas memaklumkan, seorang lelaki ditemui daripada terbaring, tidak sedarkan diri di tingkat bawah UTC,” katanya.

Siasatan awal pihak polis menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di bangunan itu mendapati mangsa terjun dari tingkat tiga.

Mengulas lanjut, tiada unsur jenayah dikesan dalam kes tersebut berdasarkan pemeriksaan pada badan mangsa.

“Pemeriksaan badan yang dijalankan mendapati dompet dan kunci kereta masih ada di dalam kocek seluar mangsa,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Setakat ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR). –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru