Monday, August 8, 2022

Entulu, Entri dan dua Ahli Parlimen Bebas Sarawak sertai PKR

Secara Rawak

ĶUALA LUMPUR: Dua bekas Menteri dari Sarawak, Datuk Joseph Entulu Belaun dan Sylvester Entri Muran sebentar tadi mengumumkan penyertaan merekandalam Pakatan Rakyat.

Kedua-duanya merupakan bekas anggota Kabinet di peringkat Persekutuan dan Negeri yang digugurkan dalam pilihan rata lalu.

Ketua Pergerakan Wanita Parti Keadilan Rakyat, Zuraida Kamaruddin mengumumkan perkara tersebut di sini sebentar tadi.

Turut hadir ialah Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian yang juga Ahli Parlimen Selangau dan Ahli Parlimen Saratok, Ali Biju.

Turut menyertai PKR ialah Ahli Parlimen Julau yang juga bekas anggota kabinet negeri, Larry Sng dan Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang.

Ini menjadilan jumlah Ahli Parlimen Kerajaan dari Sarawak adalah seramai 12 orang, dengan enam daripada PKR.

Yakin akan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri menjadi faktor mereka menyertai PKR. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru