KUALA LUMPUR: Perdana Menteri yang baharu, Tun Mahathir Mohamad akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang pertama hari ini selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Mesyuarat itu menurutnya, bertujuan membentuk Kabinet Kerajaan Persekutuan setelah
mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh malam tadi.
“Esok adalah hari cuti. Tetapi saya tidak akan mengambil apa-apa cuti.
“Walaupun saya Perdana Menteri, saya terikat untuk mempertimbangkan pandangan parti-parti komponen, bagaimana kita membahagikan bilangan jawatan menteri di antara kita.
“Terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan… ada yang diperlukan secara rasmi dan ada yang berkaitan keputusan dasar.
“Jadi ia adalah masa yang sibuk,” katanya.
Dr. Mahathir menafikan penguasaan Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir negara selama enam dekad.
Tun Mahathir mula menjadi Perdana Menteri pertama pada 1981 dan mentadbir selama 22 tahun sehingga 2003.
Beliau yang mengangkat sumpah pada usia 92 tahun merupakan Perdana Menteri paling tua di dunia. –Sarawakvoice
