Shafie peroleh majoriti terbaru selepas Musa Aman angkat sumpah KM Sabah

0
5

KOTA KINABALU: Politik Sabah tidak menentu meskipun malam tadi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah di depan Yang di-Pertua Sabah Juhar Mahiruddin bersama ahli jemaah menteri baharu.

Sekitar 3 petang Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berada di istana negeri bersama lima Adun dari Barisan Nasional melompat menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan).

Lima ADUN tersebut ialah Bobby Suan (Nabawan), Ewon Benedick (Kadamaian), Abidin Madingkir (Paginatan), Abdul Muis Picho (Sebatik), Hamisa Samad (Tanjung Batu) dan Osman Jamal (Balung).

Shafie mahu mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah, selepas dikatakan memperoleh sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.

Khabar angin mengatakan seorang lagi ADUN BN juga sudah beralih ke Warisan, menyebabkan bilangan ADUN BN-Star susut kepada 25 anggota — berbanding 31 semasa Musa mengangkat sumpah semalam. –Sarawakvoice