Tuesday, December 6, 2022

Proses pembebasan dan pengampunan Anwar Ibrahim dimulakan — Tun M

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Proses pengampunan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui saluran undang-undang telah pun dimulakan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah bersetuju untuk pengampunan penuh bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

“Pembebasan segera beliau akan dibuat selepas semua proses dan prosedur dipatuhi.

“Pengampunan penuh akan membebaskan Anwar daripada kekangan politik.

Anwar menjalani hukuman penjara lima tahun bermula 10 Februari 2015 setelah disabit bersalah melakukan jenayah liwat terhadap salah seorang pembantunya.

Anwar pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 ke 1998 dan menjawat Menteri Kewangan dari tahun 1991 ke 1998. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru