Saturday, December 3, 2022

Pertemuan Tun M-Taib, tentukan kedudukan BN sarawak — Malaysiakini

Secara Rawak

KUCHING: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bertemu dengan Yang Dipertua Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud bagi membincangkan situasi terkini politik di Sarawak, kata portal Malaysiakini yang memetik seorang pemimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Pemimpin yang enggan dinamakan itu berkata, mesyuarat itu turut dihadiri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, di Kuala Lumpur.

“Taib akan memanggil Ketua Menteri Sarawak Abang Johari sama ada hari ini atau esok untuk membincangkan isu ini,” katanya.

Pemimpin PBB itu tidak menolak kemungkinan membentuk gabungan di peringkat negeri, yang dirancang sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 untuk keluar BN jika Putrajaya ditawan Pakatan Harapan.

Katanya, Abang Johari akan memanggil mesyuarat tergempar pada Rabu depan dengan anggota parlimen BN dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk membincangkan nasib mereka dalam BN.

BN Sarawak terdiri dari empat parti iaitu PBB, PRS, SUPP dan PDP. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru