Monday, August 15, 2022

Najib ikrar pastikan peralihan kuasa berlangsung lancar

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak lewat malam tadi merakamkan ucapan tahniah kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana kembali menjadi Perdana Menteri Malaysia ketujuh, selepas 15 tahun.

Dalam muat naik status dalam facebooknya, Najib Razak sekitar jam 11.29 malam tadi berikrar untuk membantu mewujudkan peralihan kuasa yang lancar.

Kerusi Barisan Nasional pimpinan anak bekas Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak itu susut kepada 79 kerusi, manakala Kerajaan Negeri yang berpihak kepadanya hanyalah Pahang, Perlis, Sabah dan Sarawak.

Tun Mahathir selamat mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V sekitar jam 9.30 malam tadi di Istana Negara, selepas dijadual beberapa kali. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru