Monday, December 5, 2022

Kerabat Bujang Sebelak tumpas di Kampung Emplam

Secara Rawak

KABONG: Hajat untuk makan istimewa tidak menjadi kenyataan apabila tewas di hujung senapang penduduk Kampung Emplam di sini dinihari tadi.

Itu nasib seekor buaya jantan yang naik ke darat untuk menangkap itik dan ayam penduduk sebagai menu bagi menyambut ‘sesuatu yang serba baharu’ di Malaysia hari ini.

Ketua Kampung (KK) Emplam, Boestamam Bakar berkata buaya berkenaan dikesan cuba menyerang ternakan di dalam pagar di bawah rumah penduduk kira-kira jam 2. 30 pagi.

Tindakan buaya berkenaan disedari apabila ayam dan itik gempar yang sekali gus menyebabkan pemilik rumah tersedar dari tidur dan menyiasat apa yang berlaku.

“Sebaik pemilik turun ke bawah rumah didapatinya seekor buaya sedang dalam usaha hendak membaham ternakan

“Dia terus meminta bantuan daripada jiran yang ada senapang untuk menembak buaya tersebut. Buaya berkenaan akhirnya berjaya ditembak mati oleh penduduk, ” ujarnya.

Kejayaan itu merupakan yang kedua selepas penduduk berjaya menumpaskan seekor buaya jantan juga pada awal tahun ini tadi (2 Januari) dengan ukuran sepanjang 14 kaki.

Untuk kali ini buaya yang berjaya ditawan di Sungai Sebelak itu berukuran sepanjang 5 meter.

Buaya berkenaan mencuri tumpuan ramai yang kebetulan pada hari ini adalah cuti untuk sekolah dan pejabat persekutuan sempena dengan kejayaan Parti Pakatan Harapan membentuk kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) 14 pada 9 Mei. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru