KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa Kabinet baharu pimpinannya lebih kecil dan hanya merangkumi 10 kementerian.
Dalam sidang media di Yayasan Albukhary sebentar tadi, Tun M berkata, pihaknya akan mengisi portfolio yang penting dan nama menteri hanya akan diumum esok.
10 portfolio menteri tersebut ialah;
1. Kementerian Kewangan
2. Kementerian Dalam Negeri
3. Kementerian Pertahanan
4. Kementerian Pendidikan
5. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
6. Kementerian Ekonomi
7. Kementerian Kerja Raya
8. Kementerian Pengangkutan
9. Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi
10. Kementerian Luar
Pengumuman dilakukan selepas beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pertama, sebagai kerajaan.
Tun M, 92 tahun mengangkat sumpah jawatan pada jam 9.30 malam tadi. –Sarawakvoice