Anwar Ibrahim turut saksi Mahathir angkat sumpah PM ketujuh dari hospital

0
14

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh pada Khamis, sekitar 9.30 malam.

Video klip sekitar seminit itu dikesan dimuat naik di media sosial akaun Facebook milik Timbalan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Afif Bahardin.

Mantan timbalan perdana menteri itu menjalani rawatan selepas pembedahannya baru-baru ini di Hospital Rehabilitasi Cheras, menyaksikan lintas langsung dari Istana Negara itu.

Mahathir mengangkat sumpah jawatan tersebut di depan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

“Kamu perlu belajar semua benda ni untuk menjadi (Perdana) Menteri,” komen Anwar, 70.

Selain Afif, turut kelihatan dalam foto yang ditular menziarahi Anwar di pusat perubatan itu ialah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Md Akin. –Sarawakvoice