Saturday, December 3, 2022

Tun M angkat sumpah jadi Perdana Menteri ketujuh jam 5 petang

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Pengerusi Parti Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad sebentar tadi menjelaskan, pelantikan Perdana Menteri baharu Malaysia masih tergantung atas beberapa faktor.

Menurut Tun M, Pakatan Harapan telah menang dengan majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan mendakwa berhak untuk membentuk kerajaan dengan menjunjung keluhuran perlembagaan.

“Perkara ini menjadi lambat apabila berlaku ketidakfahaman beberapa pihak atas perlembagaan negara Malaysia dan sehingga kini Malaysia masih tiada kerajaan yang memerintah.

“Kita perlu tubuhkan kerajaan secepat yang mungkin kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan,”katanya.

Di bawah Artikel 53(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong perlu melantik Ahli Parlimen yang dipercayai mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen lain sebagai Perdana Menteri.

Tambah beliau lagi, status Najib sebagai Kerajaan Interim juga sudah berakhir dan Pakatan Harapan akan menyokong sepenuhnya calon Perdana Menteri mereka dan akan menandatangani satu borang calon Perdana Menteri daripada parti mereka iaitu Tun Mahathir Mohamad.

“Semua ahli parlimen Pakatan Harapan dan Parti Warisan Sabah telah sebulat suara menadatangani perisytiharan Perdana Menteri Malaysia yang baharu.

“Upacara Angkat Sumpah Perdana Menteri Malaysia dijadualkan pada jam 5 petang hari ini di Istana Negara,” katanya. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru