Friday, October 7, 2022

Abang Jo tawar kerjasama dengan Pakatan Harapan demi kemajuan Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Barisan Nasional Sarawak sebentar tadi merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Pakatan Harapan atas kejayaannya memenangj Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Barisan Nasional amat menghormati keputusan rakyat.

“Biarpun berada di blok pembangkang, Barisan Nasional Sarawak akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan demi manfaat rakyat Sarawak dan Malaysia, amnya.

“Keutamaan kita adalah untuk menuntut hak Sarawak yang terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kerajaan Negeri akan memantau rapat segala janji dalam manifesto Pakatan Harapan untuk lima tahun lalu, terutama yang berkaitan dengan Sarawak,” katanya lagi.–Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru