Monday, August 8, 2022

Baru Bian menang Parlimen Selangau, singkir calon pilihan Masing

Secara Rawak

SIBU: Meski dua kali berucap dalam gelap dan hanya berpandukan cahaya kereta, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berjaya menakluki kerusi Parlimen P214 Selangau malam ini.

Beliau menang dengan majoriti 486 undi setelah memperoleh 11,228 undi menewaskan calon pilihan Tan Sri James Jemut Masing, Rita Sarimah Patrick Insol (BN-PRS) yang sekadar memperoleh 10,742 undi.

Selangau yang mempunyai 30,026 pemilih menjadi panas susulan pemecatan penyandang, Datuk Seri Joseph Entulu Belaun sebagai Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak.

Pada Pilihan Raya Umum 2013, Entulu menang dengan majoriti 7,555 undi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru