Saturday, August 20, 2022

55 peratus keluar mengundi sehingga jam 1 petang tadi — Pengerusi SPR

Secara Rawak

PUTRAJAYA: Sehingga jam 1 petang tadi, peratusan keluar mengundi di seluruh negara sudah mencapai 55 peratus.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, prestasi ini ini dibantu oleh cuaca yang baik di seluruh negara, yang mendorong orang ramai keluar awal.

“Saya berharap lebih ramai akan turun pada sebelah petang untuk menunaikan tanggungkawab mereka,” katanya dalam sidang media di sini.

Hashim memberitahu, pihaknya turut menerima beberapa laporan termasuk kertas undi yang tidak dicop, tetapi menyifatkannya sebagai teknikal, yang akan diselesaikan oleh Ketua Tempat Mengundi.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak percaya akan berita-berita palsu dan khabar angin yang dijangka disebar media sosial pada jam-jam terakhir ini. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru