Saturday, August 20, 2022

Najib janji tiga perkara jika BN menang esok

Secara Rawak

PEKAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Razak menjanjikan pengecualian cukai untuk anak-anak muda yang berusia 26 tahun ke bawah jika BN memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 esok hari.

Berucap di hadapan ribuan penyokongnya, Najib berkata, pengecualian itu tidak mempedulikan betapa jumlah pendapatan mereka.

“Pengecualian cukai ini adalah sepenuhnya dan serta-merta, dengan cukainyang dibayar pada tahun lalu akan dikembalikan.

Najib turut mengumumkan cuti peristiwa khas selama dua hari, iaitu pada 14 dan 15 Mei depan, sebagai ganjaran untuk berehat.

“Manakala sempena sambutan Aidilfitri kelak, pengecualian tol akan diberikan selama lima hari.

“Ia akan berlangsung dua hari sebelum raya dan pada raya pertama, kedua dan ketiga, untuk membolehkan rakyat balik kampung,” umumnya lagi.

Ucapan tersebut disiarkan secara langsung oleh televisyen utama negara.

Mengulas pengalamannya dalam PRU14 ini, beliau mengaku: “Saya ada hati dan perasaan. Walau saya ditohmah, dicerca dan dihina, saya anggap ini sebagai ujian Allah.

“Inilah yang saya hadapi sebagai pemimpin.Rakyat mahu saya teruskan perjuangan.

“Luka di hati, parut di jiwa telah lenyap dan hilang segala-galanya sebab rakyat mahu saya pimpin,” tambahnya lagi. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru