Friday, October 7, 2022

Niah digoncang gempa 3.9 skala Richter petang tadi

Secara Rawak

KUCHING: Satu gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Niah, Miri petang tadi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Met Malaysia pada jam 6.01 petang tadi, gempa bumi lemah telah berlaku pada jam 5.52 petang.

Gegaran berlaku pada koordinat 3.6° Utara dan 113.7° Timur dengan ukuran 3.9 skala Richter .

Gegaran dilaporkan dirasai di sekitar Niah, Sarawak.

Gunung Kinabalu pernah berhadapan gempa bumi kuat sehingga mengorbankan jiwa pada 2015, dan kali terakhir bergoncang pada 8 Mac lalu, dengan kekuatan 5.2 pada
Skala Richter. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru