Tuesday, September 27, 2022

Buaya Rantau Panjang tewas, penduduk lega

Secara Rawak

KUCHING: Usaha menjejaki Sang Bedal sejak empat hari lalu berhasil apabila buaya sepanjang 3.7 meter berjaya ditangkap di Sungai Sarawak kelmarin.

Sarawak Forestry Corporation (SFC) dalam kenyataannya berkata penangkapan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan dari penduduk di Kampung Rantau Panjang.

Kelibat reptilia di kawasan sungai berhampiran dikhuatiri mengancam keselamatan penduduk setempat.

Bertindak atas maklumat itu, SFC melaksanakan operasi mengesan buaya itu di sepanjang Sungai Sarawak antara Rantau Panjang hingga Batu Kawa.

Ternyata usaha SWAT SFC dengan memasang umpan itu berhasil dengan penangkapan buaya jantan tersebut.

Orang ramai turut diingatkan untuk memaklumkan kepada SFC sekiranya ternampak buaya di kawasan sungai berhampiran.

Selain itu SFC menasihatkan masyarakat agar tidak mengambil tindakan sendiri kerana reptilia tersebut berbahaya dan mampu bertindak ganas. –Sarawakvoice

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru